Perancangan jQAF

2/28/2009

SEKOLAH KEBANGSAAN LEBAN CHONDONG
26810 KUALA ROMPIN , PAHANG
"

Perancangan yang sistematik akan membuahkan hasil berkualiti"


Antara program yang dirancang dan akan dilaksanakan:
  • Tasmik al-Quran (Januari-November)
  • Kem Bestari Solat (Empat Kali Setahun)
  • Kem Literasi Al-Quran
  • Program Khas Khatam Al-Quran (Murid Tahun 5)
  • Kem Bina Juara

Read more...

Pencapaian jQAF

  • Pencapaian Khatam Al-Quran

Jumlah murid yang beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 5 ialah 350 orang

Berikut adalah pencapaian murid Khatam Al-Quran sehingga Februari 2009

Tahun Lima : 17 orang

Tahun Empat :5 Orang

Tahun Tiga : 1 orang

Tahun Dua : 2 orang

Tahun Satu : Tiada

Jumlah : 25 orang

Jumlah murid yang telah membaca Al-Quran ialah seramai 109 orang

Iqra' 4-6 seramai 63 orang

Iqra' 1-3 Seramai 108 orang

  • Pencapaian Kem Bestari Solat

  • Pencapaian Pemulihan Jawi

  • Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi

Read more...

Aktiviti jQaf 2009

Assalamualaikum....

pembaca yang dihormati,
Sekiranya anda mempunyai cadangan membina, cadanglah kepada kami untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan...Kami bukan aktif sangat tetapi tanggungjawab...

Bermula aktiviti 2009






Tasmik Al-Quran


Januari 2009...Kelas Tasmik Al-Quran telah bermula untuk murid Program j-QAF iaitu murid Tahun 1-Tahun 5.Semua murid diwajibkan hadir. Bukan apa, untuk diri mereka juga..Kalau guru je bersungguh tapi mereka asyik lari je, mereka juga yang rugi.....Walau macam mana pun guru-guru kena bersungguh-sungguh..Murid yang masih membaca buku Iqra' diberi penekanan yang lebih.Ye lah....untuk Tahun 5, tahun ini merupakan tahun akhir untuk mereka....mudah-mudahan objektif j-QAF untuk khatam Al-Quran tercapai....Guru j-QAF seluruh Malaysia pasti tahu objektifnya kan?

ini gaya Tasmik di SKLC









Tekunnya mereka latih tubi membaca... Jangan nak harapkan ajar je.... kalau tak baca sendiri alamatnya ...lambatlah beralih muka surat.








Ini pula ketekunan dan kesungguhan Ustazah Haslina mendengar bacaan murid. Setiap kesalahan bacaan kena tegur tau...













PROGRAM KHATAM AL-QURAN 6 BULAN PERTAMA


Kaedah yang digunakan talaqqi dan musyafahah, latih tubi bacaan tan tasmik bacaan. Ia dilaksanakan dalam P&P berdasarkan sukatan Pendidikan Islam daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian pelbagai teknik dan cara perlu bersesuaian dengan kemahiran murid


Kita saksikan.......


Ini adalah murid Tahun 5 Bestari SK. Leban chondong.. Mereka merupakan sasaran yang perlu khatam Al-Quran sebelum Oktober 2009. Al-hamdulillah mereka telah membaca Al-Quran dan boleh dikatakan dapat membaca dengan lancar. Maka mudah untuk guru memperbetulkan bacaan mereka dan mempercepatkan proses Khatam Al-Quran







Tekunnya mereka mengaji......Moga cepat khatam Al-Quran.

Ustazah Azlina sedang membaca dan diikuti oleh murid secara talaqqi dan musyafahah




Ini pula gaya murid Tahun satu belajar Al-Quran. Guru pula perlu memberikan sepenuh perhatian kepada mereka samada semasa membaca atau menulis....berjalan-jalan dalam kelas tu adatlah...cuma guru kena lah pandai kawal kelas...

.....Guru yang mengajar....Ustazah Nor Akma Sabrina....











PROGRAM KHAS KHATAM AL-QURAN




Program khas Khatam Al-Quran untuk Tahun 5 sedang dijalankan....Mudah-mudahan tercapai lah hasrat untuk mengkhatamkan 88 orang murid Tahun 5 ni....Walaubagaimanapun adik-adik di bawahnya tidak di abaikan.



KEM BESTARI SOLAT 2009



Latihan Solat Zohor Berjemaah dan Solat Zohor Berjemaah .

Masa Tasmik Al-Quran dari jam 12.50 tengahari hingga 2.20 petang adalah suatu jangka masa yang lama terutama bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2. Justeru itu, sebagai pengisiannya setelah murid selesai membaca Al-Quran kami mengadakan latihan solat zohor berjemaah dan sekali gus solat Zohor Berjemaah yang diimamkan oleh ustaz...Bukan apa, dengan adanya latihan ni boleh memantapkan lagi pengetahuan murid tentang solat. Masa ni lah mereka mempraktik dan mengamalkan apa yang diajar semasa Kem Bestari Solat. Solat Zohor berjemaah di adakan setiap hari mengikut kelas yang terlibat dengan Tasmik Al-Quran.


Sembahyang elok-elok ye anak-anak...Allah Maha melihat apa yang anda lakukan








Gambar murid Tahun Satu sedang Solat Zohor yang diimamkan oleh Ustaz Azizur Rahman
Lokasi: Bilik j-QAF SKLC



Walaupun perlakuan tidak berapa betul....tidak mengapa...Ibarat kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. Mereka ni masih muda...kalau ia dilakukan secara istiqamah, InsyaAllah..segala yang tak molek akan jadi cantik.


















KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA














Read more...

Kenali Guru jQaf SKLC


7 Orang guru

1. Norazlina binti Mohd Sharif
Mula Berkhidmat 2005
Berasal dari Pekan, Pahang
Guru jQaf bahasa Arab
Lulusan Al Azhar, Mesir
Berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata




2. Rohani binti Sa'ad
Mula berkhidmat 2006
Berasal dari Keratong, Pahang
Guru jQaf pendidikan Islam
Lulusan UKM
Berkahwin dan mempunyai dua orang cahayamata




3. Azizur Rahman bin Ramli
Berasal dari Pekan, Pahang
Mula berkhidmat 2006
Guru j-QAF Pendidikan Islam
Lulusan Al-Azhar, Mesir
Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata




4. Nor Haslina binti Hassan
Berasal dari Pekan, Pahang
Mula berkhidmat 2007
Guru Bahasa Arab
Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia




5. Nor Akma Sabrina binti Ahmad



6. Nur Ruhayu binti Yusof



7. Hadijah binti Jaafar




















































































































































Read more...

Sekilas pandang

jQAF Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang bermula sejak Tahun 2005. Ia merupakan sekolah terawal yang melaksanakan program j-QAF. Pada mulanya ia merupakan sesuatu yang asing....Ye lah..mula-mula diperkenalkan. Lama kelamaan ia mendapat keserasian dan kini tidak asing lagi. Pendedahan demi pendedahan diberikan kepada Ibubapa dan guru.

Bermula dengan murid Tahun 1 2005, kini murid j-QAF telah berada di Tahun 5 dan bilangan muridnya 352 orang.....

Bukannya suatu perkara yang mudah untuk membentuk seorang insan... Alangkah bahagianya jika kesemua murid ini khatam dan dapat membaca Al-Quran dengan lancar, pandai membaca tulisan Jawi, Pandai dan istiqamah dalam menunaikan solat serta pandai berkomunikasi dalam Bahasa Arab


Bercakap memang mudah tetapi perlaksanaannya tidak semudah itu....Ia memerlukan ketabahan, ketakwaan, kesungguhan dan doa yang berterusan.....

Justeru itu, hubungan erat dan kerjasama daripada ibubapa, semua guru, murid dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam membentuk anak-anak amat penting untuk merealisasikan hasrat ini...

Read more...

KENALI jQAF SKLC

2/26/2009


Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Leban ChondongBermula pada tahun 2005.Bermula dengan murid Tahun 1 dan kini berada di tahun 5



Read more...
ORGANISASI

Guru Besar

Guru Besar
En.Mohd Zolkifli bin Zainal Abidin

GPK 1

GPK 1
Pn Hamimah bt Ismail

GPK HEM

GPK HEM
Pn Hjh Zauiah bt Hamzah

GPK Ko-Kurikulum

GPK Ko-Kurikulum
Tn Hj Nawi b Mohamad

Ketua Panitia

Ketua Panitia
En.Mohd Ridzuan bin Hussain

Setiausaha

Setiausaha
Cik Nur Rahayu binti Yusof

Bendahari & Unit Bina Insan

Bendahari & Unit Bina Insan
Pn Ramlah binti Abdul Rahman

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam
En Zulkifli bin Ahmad

Unit Surau

Pn Fuziah binti Razali

Penyelaras Unit j-QAF

Penyelaras Unit  j-QAF
Pn Rohani binti Saad

Penyelaras Pemulihan Jawi

Penyelaras Pemulihan Jawi
Cik Hadijah binti Jaafar

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran
Cik Noor Akma Sabrina binti Ahmad

Penyelaras Bahasa Arab

Penyelaras Bahasa Arab
Cik Norhaslina binti Hassan

Penyelaras Kem Bestari Solat

Penyelaras Kem Bestari Solat
En Azizur Rahman bin Ramli

Followers

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP