KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2009

3/19/2009

KBS kali pertama telah diadakan pada 28 Februari yang lalu dan hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2. Tumpuan diberikan sepenuhnya dalam penguasaan wudhuk serta perbuatan dan bacaan pendek dalam solat

Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Murid dikehendaki membawa keperluan solat dan bekalan makanan disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing....seronok bila melihat ibu bapa juga turut memberikan kerjasama sepenuhnya..

Rakaman sepanjang perjalanan KBS kali pertama



Murid sedang berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sementara menunggu Fasilitator masing-masing








ambil wudhuk betul-betul ye...bagi semua anggota wudhuk kena air.kalau tak, tidak sah sembahyang nanti...Begitu bersungguh-sungguh cikgu Azmawati (Guru Sains) memerhati dan membetulkan kesilapan anak-anak di bawah kendaliannya...Fasi lain pun sama juga..cuma juru foto tak sempat nak ambil gambar






Ini waktu yang ditunggu-tunggu...waktu rehat..Makanan di bawa sendiri..macam-macam juadah istimewa...apa lagi, boleh lah berkongsi rasa...
kalau diperhatikan di dalam gambar sebelah kiri ni ada seorang bapa yang sedang memerhatikan anaknya makan. ibu bapa seumpama ini yang kita perlukan untuk memberi dorongan kepada murid supaya minat belajar


selapas menjamu kita sambung belajar sikit lagi ye..


Murid Tahun 2...dah melalui KBS pada tahun lepas.. Sambung dan betulkan mana yang belum menguasai supaya pencapaian dapat ditingkatkan.

Read more...

PROGRAM BAHASA ARAB (MINGGUAN)

3/12/2009

Bahasa Arab, Bahasa Al-Quran. Sama seperti bahasa-bahasa lain yang perlu dipraktikkan...

Seronoknya bila dengar anak-anak pandai berkomunikasi dalam Lughah Arabiah ni...

Program ini dilaksanakan pada setiap hari Jumaat..Ada ketika murid yang mengadakan persembahan dan sekiranya tidak sempat untuk melatih murid, guru yang tampil ke hadapan..

Gambar Ustazah Haslina sedang bercakap dalam Bahasa Arab untuk menjemput peserta Persembahan "Hiwar Fi Al-Lughati Arabiati" yang bermaksud perbualan dalam Bahasa Arab



Kita saksikan persembahan mereka..




Kumpulan Hiwar murid Tahun 2....cakap kuat sikit ye...kalau salah ustazah boleh betulkan.

Pandai anak-anak kita cakap Arab ...baru darjah dua.


MOGA MEREKA MANTAPKAN LAGI PENGGUNAAN BAHASA INI!


Read more...

Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Kelompok

3/11/2009

Pada 7 Mac 2009 sekolah-sekolah Kelompok Pantai yang terdiri daripada SK Kampung Kolam, SK Sungai Puteri, SK Rompin, SK Selendang 4, SK Pontian, SJKC Rompin dan SK Leban Chondong telah mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) Peringkat Kelompok yang bertempat di SK Kampung Kolam selaku Tuan Rumah

Sekolah Leban Chondong tidak ketinggalan menghantar peserta Tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, Nasyid, Bercerita kisah-kisah nabi lelaki dan perempuan, Hafazan lelaki dan perempuan serta Tulisan Jawi

Begitu bersemangat peserta yang mewakili SKLC. Setiap hari mengadakan latihan...sehingga menjelang hari pertandingan.

.......Gambar akan dimasukkan kemudian sebagai bukti perlaksanaannya......

Namun demikian...menang atau kalah adat pertandingan...yang penting berusaha dan tidak menyerah kalah sebelum masuk ke medan perjuangan...

Peserta dapat menonjolkan bakat dan memupuk sifat berani tampil ke hadapan..bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi mereka juga mampu untuk bersaing dengan rakan-rakan sekolah lain.

Tahniah dan syabas kepada peserta SKLC!!...Jangan berputus asa...tahun depan cuba lagi.

Oleh yang demikian, untuk memantapkan MTQ yang akan datang....Panitia Pendidikan Islam telah memutuskan guru yang bertugas untuk melatih murid bagi setiap acara dan latihan tersebut wajar bermula dari sekarang...Itu satu cadangan yang baik....Teruskan perjuangan wahai guru-guru PAI / j-QAF dan murid-murid sekalian....Jadikan kekalahan dan kesilapan lalu sebagai pengajaran. Bagi peserta yang menang pula, mantapkan usaha anda!! SELAMAT MAJU JAYA semua..

Read more...
ORGANISASI

Guru Besar

Guru Besar
En.Mohd Zolkifli bin Zainal Abidin

GPK 1

GPK 1
Pn Hamimah bt Ismail

GPK HEM

GPK HEM
Pn Hjh Zauiah bt Hamzah

GPK Ko-Kurikulum

GPK Ko-Kurikulum
Tn Hj Nawi b Mohamad

Ketua Panitia

Ketua Panitia
En.Mohd Ridzuan bin Hussain

Setiausaha

Setiausaha
Cik Nur Rahayu binti Yusof

Bendahari & Unit Bina Insan

Bendahari & Unit Bina Insan
Pn Ramlah binti Abdul Rahman

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam
En Zulkifli bin Ahmad

Unit Surau

Pn Fuziah binti Razali

Penyelaras Unit j-QAF

Penyelaras Unit  j-QAF
Pn Rohani binti Saad

Penyelaras Pemulihan Jawi

Penyelaras Pemulihan Jawi
Cik Hadijah binti Jaafar

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran
Cik Noor Akma Sabrina binti Ahmad

Penyelaras Bahasa Arab

Penyelaras Bahasa Arab
Cik Norhaslina binti Hassan

Penyelaras Kem Bestari Solat

Penyelaras Kem Bestari Solat
En Azizur Rahman bin Ramli

Followers

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP