PERTANDINGAN NASYID MAULIDUR RASUL 1430 H SEMPENA BULAN DAKWAH KEBANGSAAN 2009

4/03/2009

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H, satu pertandingan nasyid peringkat sekolah telah diadakan.Butirannya seperti berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 1 April 2009
Masa : 3.00 ptg hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Bestari SKLC
Anjuran : Panitia Agama Islam dan j-QAF
Penyertaan : Murid Tahap Dua

Terdapat 11 kumpulan yang menyertai kumpulan ini...kita saksikan panorama sepanjang Majlis Pertandingan.


Murid berkumpul di dalam Dewan Bestari untuk mendengar taklimat mengenai peraturan pertandingan




Taklimat disampaikan oleh Cikgu Abd Manap selaku pengacara majlis

Kelihatan para hakim sedang membincangkan sesuatu sebelum pertandingan bermula


Pertandingan di mulakan dengan kumpulan pertama dan berikutnya sehingga tamat


Kumpulan 1: Nama Kumpulan : Al-Israq Kelas : 6 Bestari Lagu: Cahaya Rasulullah dan Al-Quran sebagai Wawasan


Kumpulan 2: Al-Nur Bestari Kelas: 5 Bestari Lagu: Junjungan Mulia dan Selawat Junjungan

Cikgu-cikgu SKLC sedang asyik mendengar lagu yang didendangkan oleh peserta















Read more...

Kem Bestari Solat Kali Pertama (Tahun 3) Sempena Bulan Dakwah Kebangsaan 2009

3/28/2009

Alhamdulillah...Bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya telah memberi kesempatan kepada kami mengadakan KBS Kali Pertama bagi murid-murid Tahun 3.

Ketetapan programnya adalah seperti berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Leban Chondong

Perkara yang dinilai ialah Lafaz niat Solat Berjemaah dan bacaan Tahiyat Awal
Fasilitator yang mengendalikan Kem tersebut terdiri daripada Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF SKLC

Rakaman sepanjang KBS Kali 1 Tahun 3












Selepas sesi pendaftaran semua murid Tahun 3 yang hadir KBS kali ini berkumpul di dalam Bilik j-QAF 1 untuk mendengar taklimat dan penyerahan Buku Panduan Solat.
Asyiknya membaca....Moga dapat hafal semua bacaannya ye...
(guru-guru j-QAF sedang sibuk menyemak borang Penilaian sebelum memulakan LDK.....
Moga berjaya Ustazah!...

Antara bahan P&P yang digunakan sewaktu KBS

1. Buku Panduan "Mari Kita Solah"

2. Kad Imbasan yang dilekatkan pada Papan Putih
















Peserta KBS sedang menghafal bacaan dalam Solat.










Ustazah Rohani sedang merekod bacaan adik Ijlallnuni (Tahun 3 Bestari)
Lancar bacaannya...Tahniah!
Ustazah Nor Azlina sedang mengajar Lafaz Niat Solat berjemaah kepada peserta di bawah kendaliannya....Good Luck Ustazah...!











Kumpulan yang dikendalikan oleh Ustaz Zulkifli...Dengar betul-betul ye anak-anak, ustaz nak terang ni...lepas ni nak dengar hafal pula...






Ustazah Nur Rahayu sedang menunjukkan satu persatu lafaz niat solat berjemaah...Tumpukan perhatian semua!!..







Kumpulan Ustazah Nor Haslina...semua dah dapat agaknya, tersenyum lebar je semua....Semoga dapat amalkan dalam kehidupan seharian..





Ustazah Nor Akma Sabrina sedang mendengar bacaan peserta...
Teruskan Usaha..!!

Secara kesimpulannya, KBS pada kali ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya...Semoga ia akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada Masa akan datang.InsyaAllah....






























Read more...

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2009

3/19/2009

KBS kali pertama telah diadakan pada 28 Februari yang lalu dan hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2. Tumpuan diberikan sepenuhnya dalam penguasaan wudhuk serta perbuatan dan bacaan pendek dalam solat

Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Murid dikehendaki membawa keperluan solat dan bekalan makanan disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing....seronok bila melihat ibu bapa juga turut memberikan kerjasama sepenuhnya..

Rakaman sepanjang perjalanan KBS kali pertama



Murid sedang berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sementara menunggu Fasilitator masing-masing








ambil wudhuk betul-betul ye...bagi semua anggota wudhuk kena air.kalau tak, tidak sah sembahyang nanti...Begitu bersungguh-sungguh cikgu Azmawati (Guru Sains) memerhati dan membetulkan kesilapan anak-anak di bawah kendaliannya...Fasi lain pun sama juga..cuma juru foto tak sempat nak ambil gambar






Ini waktu yang ditunggu-tunggu...waktu rehat..Makanan di bawa sendiri..macam-macam juadah istimewa...apa lagi, boleh lah berkongsi rasa...
kalau diperhatikan di dalam gambar sebelah kiri ni ada seorang bapa yang sedang memerhatikan anaknya makan. ibu bapa seumpama ini yang kita perlukan untuk memberi dorongan kepada murid supaya minat belajar


selapas menjamu kita sambung belajar sikit lagi ye..


Murid Tahun 2...dah melalui KBS pada tahun lepas.. Sambung dan betulkan mana yang belum menguasai supaya pencapaian dapat ditingkatkan.

Read more...
ORGANISASI

Guru Besar

Guru Besar
En.Mohd Zolkifli bin Zainal Abidin

GPK 1

GPK 1
Pn Hamimah bt Ismail

GPK HEM

GPK HEM
Pn Hjh Zauiah bt Hamzah

GPK Ko-Kurikulum

GPK Ko-Kurikulum
Tn Hj Nawi b Mohamad

Ketua Panitia

Ketua Panitia
En.Mohd Ridzuan bin Hussain

Setiausaha

Setiausaha
Cik Nur Rahayu binti Yusof

Bendahari & Unit Bina Insan

Bendahari & Unit Bina Insan
Pn Ramlah binti Abdul Rahman

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam
En Zulkifli bin Ahmad

Unit Surau

Pn Fuziah binti Razali

Penyelaras Unit j-QAF

Penyelaras Unit  j-QAF
Pn Rohani binti Saad

Penyelaras Pemulihan Jawi

Penyelaras Pemulihan Jawi
Cik Hadijah binti Jaafar

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran
Cik Noor Akma Sabrina binti Ahmad

Penyelaras Bahasa Arab

Penyelaras Bahasa Arab
Cik Norhaslina binti Hassan

Penyelaras Kem Bestari Solat

Penyelaras Kem Bestari Solat
En Azizur Rahman bin Ramli

Followers

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP