Aktiviti jQaf 2009

2/28/2009

Assalamualaikum....

pembaca yang dihormati,
Sekiranya anda mempunyai cadangan membina, cadanglah kepada kami untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan...Kami bukan aktif sangat tetapi tanggungjawab...

Bermula aktiviti 2009






Tasmik Al-Quran


Januari 2009...Kelas Tasmik Al-Quran telah bermula untuk murid Program j-QAF iaitu murid Tahun 1-Tahun 5.Semua murid diwajibkan hadir. Bukan apa, untuk diri mereka juga..Kalau guru je bersungguh tapi mereka asyik lari je, mereka juga yang rugi.....Walau macam mana pun guru-guru kena bersungguh-sungguh..Murid yang masih membaca buku Iqra' diberi penekanan yang lebih.Ye lah....untuk Tahun 5, tahun ini merupakan tahun akhir untuk mereka....mudah-mudahan objektif j-QAF untuk khatam Al-Quran tercapai....Guru j-QAF seluruh Malaysia pasti tahu objektifnya kan?

ini gaya Tasmik di SKLC









Tekunnya mereka latih tubi membaca... Jangan nak harapkan ajar je.... kalau tak baca sendiri alamatnya ...lambatlah beralih muka surat.








Ini pula ketekunan dan kesungguhan Ustazah Haslina mendengar bacaan murid. Setiap kesalahan bacaan kena tegur tau...













PROGRAM KHATAM AL-QURAN 6 BULAN PERTAMA


Kaedah yang digunakan talaqqi dan musyafahah, latih tubi bacaan tan tasmik bacaan. Ia dilaksanakan dalam P&P berdasarkan sukatan Pendidikan Islam daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian pelbagai teknik dan cara perlu bersesuaian dengan kemahiran murid


Kita saksikan.......


Ini adalah murid Tahun 5 Bestari SK. Leban chondong.. Mereka merupakan sasaran yang perlu khatam Al-Quran sebelum Oktober 2009. Al-hamdulillah mereka telah membaca Al-Quran dan boleh dikatakan dapat membaca dengan lancar. Maka mudah untuk guru memperbetulkan bacaan mereka dan mempercepatkan proses Khatam Al-Quran







Tekunnya mereka mengaji......Moga cepat khatam Al-Quran.

Ustazah Azlina sedang membaca dan diikuti oleh murid secara talaqqi dan musyafahah




Ini pula gaya murid Tahun satu belajar Al-Quran. Guru pula perlu memberikan sepenuh perhatian kepada mereka samada semasa membaca atau menulis....berjalan-jalan dalam kelas tu adatlah...cuma guru kena lah pandai kawal kelas...

.....Guru yang mengajar....Ustazah Nor Akma Sabrina....











PROGRAM KHAS KHATAM AL-QURAN




Program khas Khatam Al-Quran untuk Tahun 5 sedang dijalankan....Mudah-mudahan tercapai lah hasrat untuk mengkhatamkan 88 orang murid Tahun 5 ni....Walaubagaimanapun adik-adik di bawahnya tidak di abaikan.



KEM BESTARI SOLAT 2009



Latihan Solat Zohor Berjemaah dan Solat Zohor Berjemaah .

Masa Tasmik Al-Quran dari jam 12.50 tengahari hingga 2.20 petang adalah suatu jangka masa yang lama terutama bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2. Justeru itu, sebagai pengisiannya setelah murid selesai membaca Al-Quran kami mengadakan latihan solat zohor berjemaah dan sekali gus solat Zohor Berjemaah yang diimamkan oleh ustaz...Bukan apa, dengan adanya latihan ni boleh memantapkan lagi pengetahuan murid tentang solat. Masa ni lah mereka mempraktik dan mengamalkan apa yang diajar semasa Kem Bestari Solat. Solat Zohor berjemaah di adakan setiap hari mengikut kelas yang terlibat dengan Tasmik Al-Quran.


Sembahyang elok-elok ye anak-anak...Allah Maha melihat apa yang anda lakukan








Gambar murid Tahun Satu sedang Solat Zohor yang diimamkan oleh Ustaz Azizur Rahman
Lokasi: Bilik j-QAF SKLC



Walaupun perlakuan tidak berapa betul....tidak mengapa...Ibarat kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. Mereka ni masih muda...kalau ia dilakukan secara istiqamah, InsyaAllah..segala yang tak molek akan jadi cantik.


















KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA














2 comments:

jqafsklc said...

Program Tasmik Al-Quran dilaksanakan selepas waktu persekolahan dan ianya telah mendapat rungutan daripada ibubapa kerana anak mereka pulang lewat terutamanya bagi murid Tahun 4 dan 5. Ini kerana masa tasmik mereka dari jam 1.50 ptg hingga jam 2.50 ptg dan mereka diwajibkan menghadiri aktiviti ko-kurikulum pada jam 3.30 ptg...

jqafsklc said...

Masalah yang sering difikirkan.. Apakah teknik yang terbaik untuk murid yang masih membaca Iqra' dan tidak mengenal huruf sepenuhnya..sedangkan mereka telah berada di Tahun 5.

ORGANISASI

Guru Besar

Guru Besar
En.Mohd Zolkifli bin Zainal Abidin

GPK 1

GPK 1
Pn Hamimah bt Ismail

GPK HEM

GPK HEM
Pn Hjh Zauiah bt Hamzah

GPK Ko-Kurikulum

GPK Ko-Kurikulum
Tn Hj Nawi b Mohamad

Ketua Panitia

Ketua Panitia
En.Mohd Ridzuan bin Hussain

Setiausaha

Setiausaha
Cik Nur Rahayu binti Yusof

Bendahari & Unit Bina Insan

Bendahari & Unit Bina Insan
Pn Ramlah binti Abdul Rahman

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam

Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam
En Zulkifli bin Ahmad

Unit Surau

Pn Fuziah binti Razali

Penyelaras Unit j-QAF

Penyelaras Unit  j-QAF
Pn Rohani binti Saad

Penyelaras Pemulihan Jawi

Penyelaras Pemulihan Jawi
Cik Hadijah binti Jaafar

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran

Penyelaras Tasmik dan Khatam Al-Quran
Cik Noor Akma Sabrina binti Ahmad

Penyelaras Bahasa Arab

Penyelaras Bahasa Arab
Cik Norhaslina binti Hassan

Penyelaras Kem Bestari Solat

Penyelaras Kem Bestari Solat
En Azizur Rahman bin Ramli

Followers

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP