j-QAF 2010
3/18/2010
Assalamualaikum dan salam Sejahtera...
Sama-sama kita berusaha supaya anak didik kita yang berada di Tahun 6 pada tahun ini mencapai sasaran yang diidamkan!!
Ilmu Penjana Insan Rabbani
Assalamualaikum dan salam Sejahtera...
Assalamualaikum dan salam Ramadhan
Antara pengisian Ihya, Ramadhan adalah :
- Tadarus Al-Quran mengikut kumpulan yang telah ditetapkan
- Tazkirah Harian berkaitan dengan Bulan Ramadhan
- Info Ramadhan
- Kuiz Ramadhan
- Pertandingan Tulisan Jawi
-Majlis Khatam Al-Quran
- Majlis Iftar Jama'i
Semoga pengisian ini dapan berjalan lancar hingga ke penghujung Ramadhan yang mulia ini..
Tarikh : 18 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Perkara yang di nilai:
1. Masbuk dan Muafik
2. Bacaan -bacaan dalam solat
Fasilitator :
1. Ustazah Norhaslina
2. Ustazah Rohani
3. Ustazah Nor Akma Sabrina
4. Ustazah Ramlah
5. Ustazah Nur Rahayu
6. Ustazah Hadijah
7. Ustaz Azizur Rahman
Imam Solat Zohor : Ustaz Sukairi
Panorama sepanjang KBS
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hamidi dari SK Telok Menegun, Selangor dalam blognya http://www.kalammurabbi.blogspot.com kerana menghasilkan banyak input yang boleh dikongsi bersama dengan guru-guru jQAF yang lain. Kesempatan ini juga kami menumpang pautan untuk muat turun yang telah dihasilkan oleh beliau. Sila klik pada ruangan Muat Turun bahan jQAF.
Read more...Sekarang dah hampir enam bulan pertama persekolahan tahun 2009. Tiba masanya guru-guru GPI/ j-QAF mengumpul data-data untuk melengkapkan e pelaporan yang akan dimaklumkan oleh PPD dan JPN tak berapa hari lagi..Hari ini maklumat daripada j-QAF Melaka mengatakan menyuarat penyelarasan data telah diadakan dan pada tahun ini CD juga tidak dibekalkan...Bersedialah kita menyiapkan segala ujian 6 bulan pertama dan apa-apa maklumat mengenai data yang diperlukan untuk melihat sejauhmana keberkesanan pengajaran kita dalam tempoh 6 bulan pertama ini.
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala Rompin
Kod Sekolah : CBA8006
No Telefon Sekolah : 094549823
No Faks : 094149823
Taklimat disampaikan oleh Cikgu Abd Manap selaku pengacara majlis
Kelihatan para hakim sedang membincangkan sesuatu sebelum pertandingan bermula
Pertandingan di mulakan dengan kumpulan pertama dan berikutnya sehingga tamat
Kumpulan 1: Nama Kumpulan : Al-Israq Kelas : 6 Bestari Lagu: Cahaya Rasulullah dan Al-Quran sebagai Wawasan
Kumpulan 2: Al-Nur Bestari Kelas: 5 Bestari Lagu: Junjungan Mulia dan Selawat Junjungan
Cikgu-cikgu SKLC sedang asyik mendengar lagu yang didendangkan oleh peserta
Alhamdulillah...Bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya telah memberi kesempatan kepada kami mengadakan KBS Kali Pertama bagi murid-murid Tahun 3.
KBS kali pertama telah diadakan pada 28 Februari yang lalu dan hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2. Tumpuan diberikan sepenuhnya dalam penguasaan wudhuk serta perbuatan dan bacaan pendek dalam solat
Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Murid dikehendaki membawa keperluan solat dan bekalan makanan disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing....seronok bila melihat ibu bapa juga turut memberikan kerjasama sepenuhnya..
Rakaman sepanjang perjalanan KBS kali pertama
Murid sedang berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sementara menunggu Fasilitator masing-masing
ambil wudhuk betul-betul ye...bagi semua anggota wudhuk kena air.kalau tak, tidak sah sembahyang nanti...Begitu bersungguh-sungguh cikgu Azmawati (Guru Sains) memerhati dan membetulkan kesilapan anak-anak di bawah kendaliannya...Fasi lain pun sama juga..cuma juru foto tak sempat nak ambil gambar
Ini waktu yang ditunggu-tunggu...waktu rehat..Makanan di bawa sendiri..macam-macam juadah istimewa...apa lagi, boleh lah berkongsi rasa...kalau diperhatikan di dalam gambar sebelah kiri ni ada seorang bapa yang sedang memerhatikan anaknya makan. ibu bapa seumpama ini yang kita perlukan untuk memberi dorongan kepada murid supaya minat belajar
selapas menjamu kita sambung belajar sikit lagi ye..Murid Tahun 2...dah melalui KBS pada tahun lepas.. Sambung dan betulkan mana yang belum menguasai supaya pencapaian dapat ditingkatkan.
Gambar Ustazah Haslina sedang bercakap dalam Bahasa Arab untuk menjemput peserta Persembahan "Hiwar Fi Al-Lughati Arabiati" yang bermaksud perbualan dalam Bahasa Arab
Kita saksikan persembahan mereka..
Kumpulan Hiwar murid Tahun 2....cakap kuat sikit ye...kalau salah ustazah boleh betulkan.
Pandai anak-anak kita cakap Arab ...baru darjah dua.
MOGA MEREKA MANTAPKAN LAGI PENGGUNAAN BAHASA INI!
Pada 7 Mac 2009 sekolah-sekolah Kelompok Pantai yang terdiri daripada SK Kampung Kolam, SK Sungai Puteri, SK Rompin, SK Selendang 4, SK Pontian, SJKC Rompin dan SK Leban Chondong telah mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) Peringkat Kelompok yang bertempat di SK Kampung Kolam selaku Tuan Rumah
Sekolah Leban Chondong tidak ketinggalan menghantar peserta Tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, Nasyid, Bercerita kisah-kisah nabi lelaki dan perempuan, Hafazan lelaki dan perempuan serta Tulisan Jawi
Begitu bersemangat peserta yang mewakili SKLC. Setiap hari mengadakan latihan...sehingga menjelang hari pertandingan.
.......Gambar akan dimasukkan kemudian sebagai bukti perlaksanaannya......
Namun demikian...menang atau kalah adat pertandingan...yang penting berusaha dan tidak menyerah kalah sebelum masuk ke medan perjuangan...
Peserta dapat menonjolkan bakat dan memupuk sifat berani tampil ke hadapan..bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi mereka juga mampu untuk bersaing dengan rakan-rakan sekolah lain.
Tahniah dan syabas kepada peserta SKLC!!...Jangan berputus asa...tahun depan cuba lagi.
Oleh yang demikian, untuk memantapkan MTQ yang akan datang....Panitia Pendidikan Islam telah memutuskan guru yang bertugas untuk melatih murid bagi setiap acara dan latihan tersebut wajar bermula dari sekarang...Itu satu cadangan yang baik....Teruskan perjuangan wahai guru-guru PAI / j-QAF dan murid-murid sekalian....Jadikan kekalahan dan kesilapan lalu sebagai pengajaran. Bagi peserta yang menang pula, mantapkan usaha anda!! SELAMAT MAJU JAYA semua..
Jumlah murid yang beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 5 ialah 350 orang
Berikut adalah pencapaian murid Khatam Al-Quran sehingga Februari 2009
Tahun Lima : 17 orang
Tahun Empat :5 Orang
Tahun Tiga : 1 orang
Tahun Dua : 2 orang
Tahun Satu : Tiada
Jumlah : 25 orang
Jumlah murid yang telah membaca Al-Quran ialah seramai 109 orang
Iqra' 4-6 seramai 63 orang
Iqra' 1-3 Seramai 108 orang
Assalamualaikum....
pembaca yang dihormati,
Sekiranya anda mempunyai cadangan membina, cadanglah kepada kami untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan...Kami bukan aktif sangat tetapi tanggungjawab...
Bermula aktiviti 2009
Tekunnya mereka latih tubi membaca... Jangan nak harapkan ajar je.... kalau tak baca sendiri alamatnya ...lambatlah beralih muka surat.
Ini pula ketekunan dan kesungguhan Ustazah Haslina mendengar bacaan murid. Setiap kesalahan bacaan kena tegur tau...
PROGRAM KHATAM AL-QURAN 6 BULAN PERTAMA
Kaedah yang digunakan talaqqi dan musyafahah, latih tubi bacaan tan tasmik bacaan. Ia dilaksanakan dalam P&P berdasarkan sukatan Pendidikan Islam daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian pelbagai teknik dan cara perlu bersesuaian dengan kemahiran murid
Ini adalah murid Tahun 5 Bestari SK. Leban chondong.. Mereka merupakan sasaran yang perlu khatam Al-Quran sebelum Oktober 2009. Al-hamdulillah mereka telah membaca Al-Quran dan boleh dikatakan dapat membaca dengan lancar. Maka mudah untuk guru memperbetulkan bacaan mereka dan mempercepatkan proses Khatam Al-Quran
Tekunnya mereka mengaji......Moga cepat khatam Al-Quran.
PROGRAM KHAS KHATAM AL-QURAN
© Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP